Pages

welcome

Monday, 28 November 2011

Alat Muzik Tradisional Cina - Seruling (竹笛)


PENGENALAN
Seruling merupakan sejenis alat muzik yang paling popular di negara Cina. Ia dinamakan sebagai "Zhudi", disebabkan ia diperbuat daripada sebatang buluh dan badannya mempunyai lapan lubang. Lubang pertama digunakan untuk ditiup dan aliran tiupan yang masuk ke dalam badan buluh akan menghasilkan bunyi-bunyian. Alat ini berserta budaya muzik orkestra cina dibawa masuk oleh imigran dari negara Cina ke Malaysia pada zaman sebelum merdeka.



SEJARAH
Seruling diperkenalkan sejak 7 ribu tahun iaitu bersamaan dengan kira-kira 4500 tahun Cina yang lalu. Pada zaman purba ia diperbuat daripada menggunakan tulang dan selepas itu ia diubahsuaikan kepada buluh sehingga ke hari ini.
Pada zaman Maharaja Hanwu hujung abad pertama sebelum Masihi, seruling ini dinamakan sebagai "Hengchui", dan mendapat kedudukan yang amat penting dalam alat-alat muzik tiupan.
Abad ke-7 ~ Teknik permainannya mula berkembang maju dan boleh meniup muzik yang berkualiti tinggi. Abad ke-10 ~ Seruling menjadi instrument penting dalam okestra opera di kalangan rakyat dan opera etnik minoriti. Seruling kaya dengan corak permainannya. Selain itu, ia dapat memainkan irama yang panjang, tinggi dan lapang serta memainkan muzik tarian yang riang gembira dan irama yang merdu. Bunyi yang dihasilkan juga dapat meniru suara burung.

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright 2010 WONG YOKE CHING. Powered by Blogger
Blogger Templates created by DeluxeTemplates.net
Wordpress by Wpthemescreator
Blogger Showcase