Pages

welcome

Tuesday, 29 November 2011

Orchestra of Malaysia


Video ini telah merangkumi banyak jenis alat muzik tradisional malaysia, anda dapat mengira terdapat berapa jenis alat muzik?

Monday, 28 November 2011

Alat Muzik Tradisional Cina - Seruling (竹笛)


PENGENALAN
Seruling merupakan sejenis alat muzik yang paling popular di negara Cina. Ia dinamakan sebagai "Zhudi", disebabkan ia diperbuat daripada sebatang buluh dan badannya mempunyai lapan lubang. Lubang pertama digunakan untuk ditiup dan aliran tiupan yang masuk ke dalam badan buluh akan menghasilkan bunyi-bunyian. Alat ini berserta budaya muzik orkestra cina dibawa masuk oleh imigran dari negara Cina ke Malaysia pada zaman sebelum merdeka.



SEJARAH
Seruling diperkenalkan sejak 7 ribu tahun iaitu bersamaan dengan kira-kira 4500 tahun Cina yang lalu. Pada zaman purba ia diperbuat daripada menggunakan tulang dan selepas itu ia diubahsuaikan kepada buluh sehingga ke hari ini.
Pada zaman Maharaja Hanwu hujung abad pertama sebelum Masihi, seruling ini dinamakan sebagai "Hengchui", dan mendapat kedudukan yang amat penting dalam alat-alat muzik tiupan.
Abad ke-7 ~ Teknik permainannya mula berkembang maju dan boleh meniup muzik yang berkualiti tinggi. Abad ke-10 ~ Seruling menjadi instrument penting dalam okestra opera di kalangan rakyat dan opera etnik minoriti. Seruling kaya dengan corak permainannya. Selain itu, ia dapat memainkan irama yang panjang, tinggi dan lapang serta memainkan muzik tarian yang riang gembira dan irama yang merdu. Bunyi yang dihasilkan juga dapat meniru suara burung.

Saturday, 26 November 2011

LAGU: RASA SAYANG

Friday, 25 November 2011

Alat muzik Tradisional - Rebana





Rebana ialah sejenis alat muzik tradisional yang sering dimainkan bagi mengiringi lagu-lagu budaya.
Bagi masyarakat Melayu di negeri Pahang, permainan rebana sangat popular, terutamanya di kalangan penduduk di sekitar Sungai Pahang. Tepukan rebana adalah bagi mengiringi lagu-lagu tradisional seperti indong-indong, burung kenek-kenek, dan pelanduk-pelanduk.
Tapi Rebana juga sering dimainkan di pulau JAWA.
Selain daripada rebana bersaiz biasa, terdapat juga rebana besar yang dimainkan pada hari keraian begai pertandingan menghasilkan bunyi dan irama yang dikenali sebagai Rebana Ubi

Thursday, 24 November 2011

Alat muzik Tradisional Cina -Pipa (琵琶)



Pengenalan
Pipa adalah alat bertali mempunyai 4 tali logam. Badan dibuat dari kayu; dadanya bulat dan belakangnya cembong tetapi permukaan dadanya mendatar. Beberapa kekuda titian tali dari kayu dipasang pada papan jari seperti fret. Tali-tali diikat kepada hujung bahagian bawah badan dan pada 4 pemulas melaras disisi papan jari. Bahagian kepalanya berukir.

Fungsi
Pipa digunakan dalam orkestra untuk mengiringi opera Cina; juga sebagai alat solo atau mengiringi nyanyian.

Cara Bermain
Cara bermain dengan memegang berdiri atas pahu pemain. Tali-tali dipetik dengan hujung-hujung jari dan kuku. Jari-jari tangan sebelah lagi diletak pada tali-tali antara fretnya untuk mengeluarkan berbagai pic bila tali-tali dipetik.

Tuesday, 22 November 2011

Alat muzik Tradisional Cina -Er Hu(二胡)



Pengenalan
Erh-Hu adalah alatan bertali jenis lute dibuat dalam tiga saiz; kecil, sedang dan besar.

Fungsi
Alat ini digunakan sebagai alat solo untuk hiburan, dan juga digunakan dalam orkestra untuk mengiringi opera Cina.

Cara Bermain
Erh-Hu didirikan tegap pada riba pemain semasa di main. Tali digesek dengan sebalah tangan manakala jari-jari tangan lainnya memetik pada tali-tali untuk mengeluarkan berbagai pic, lantai dan digesek seperti cello.

Sunday, 20 November 2011

BELAJAR MENIUP REKODER 2


Murid-murid boleh cuba lagu yg mudah dulu, seperti Twinkle Twinkle Little Star. Ikut score asal, agak rumit sikit penjariannya. Oleh itu, cikgu ubah guna skel C, sesuai untuk murid-murid yang ingin belajar atau memahirkan penjarian asas.
TWINKLE TWINKLE LITTLE STAR


C C G G A A G~

F F E E D D C~

G G F F E E D~

G G F F E E D~

C C G G A A G~

F F E E D D C~


Ini adalah bacaan score dalam bentuk not.
Cadangan kepada cikgu:Apabila saya mengajar, senang saya mengaitkan hubungan not, baluk muzik dan irama. Daripada sibuk menghafal nama-nama pada garis dan pada ruang baluk, saya pupuk dulu minat untuk bermain rekoder. Apabila murid mahir penjarian, saya kaitkan pula penjarian itu dengan score... Lebih senang mereka faham...

Saturday, 19 November 2011

My microteaching

Tuesday, 15 November 2011

Lagu Majlis Pemisahan - Kawan (朋友)

Lagu Majlis Pemisahan - hong qing ting

Lagu Majlis Pemisahan SJK(C) On Pong



拿自信推开了窗看看天空其实非常宽广。
星星太阳月亮各有值得被赞叹的光。
不要自我捆绑生命会更闪亮。
发现能成就的事超乎想像。

换上了信任眼光才会知道默契可以培养。
我们并不一样却能互相给对方力量。
都曾误解失望也曾怀疑感伤。
还是遇见真的心用爱一起分享。

GO别害怕去梦想 NEVER GIVE UP向前闯。
世界上没失败 除非你认输投降。
GO别害怕去梦想 倾听内心的愿望。
就算碰到阻碍 也一定会天天都有成长。

现在就要出发未来才能抵达。
汗水和眼泪在飞扬。
你努力的模样多么漂亮。
带着勇气前往拒绝半路返航。
执着是我们的信仰。
要用好的倔强朝远方飞翔。

Monday, 14 November 2011

BELAJAR MENIUP REKODER 1



Belajar meniup rekoder 1

Setengah org pening kepala bila meniup rekoder... Masa jari tengah tutup rongga rekoder atau masa jari tak tutup rongga rekoder? Atau tiup sambil buka/tutup rongga rekoder sepantas kilat menyambar ke bumi?

Sentiasa ingat! Tutup rongganya dulu, baru tiup. Pertama, belajar lembutkan jari-jemari.


Mulanya,pegang rekoder dgn cara tangan kiri di bahagian atas dan tangan kanan di bahagian bawah.
Jari yg digunakan hanyalah ibu jari (0), jari telunjuk (1), jari tengah (2) dan jari manis (3) untuk tangan kiri.
Dan jari telunjuk (4), jari tengah (5), jari manis (6) dan jari kelingking (7) untuk tangan kanan.

Mouth-piece, bahagian utk mulut meniup pd rekoder.
Rekoder ada satu rongga di belakang dan tujuh rongga di hadapan.
Rongga yg di belakang aku sebut sebagai (0)
Rongga yg di hadapan, yg paling atas sekali aku sebut sebagai (1)
rongga kedua sebagai (2)
rongga ketiga sebagai (3)
rongga keempat sebagai (4)
rongga kelima sebagai (5)
rongga keenam sebagai (6)
rongga ketujuh sebagai (7)

Apabila kelapan-lapan rongga ini ditutup, sudah membuat penjarian C.

Buka rongga yg ketujuh (7), menjadikan hanya enam rongga (1)-(6) dan rongga (0) yg tertutup, itu penjarian D.

Buka rongga yg ke enam (6), menjadikan hanya lima rongga (1)-(5) dan rongga (0) yg tertutup, itu penjarian E.

Buka rongga yg kelima (5), menjadikan hanya empat rongga (1)-(4) dan rongga (0) yg tertutup, itu penjarian F.

Buka rongga yg keempat (4), menjadikan hanya tiga rongga (1)-(3) dan rongga (0) yg tertutup, itu penjarian G.

Buka rongga yg ketiga (3), menjadikan hanya dua rongga (1)-(2) dan rongga (0) yg tertutup, itu penjarian A.

Buka rongga yg kedua (2), menjadikan hanya satu rongga (1) dan rongga (0) yg tertutup, itu penjarian B.

Tutup rongga (2) dan rongga (0) sahaja, itu penjarian C'...


Seandainya sempurna penjarian C ke C'... Bunyi yg terhasil adalah do, re, mi, fa, so, la,ti, do'...

Friday, 11 November 2011

Lagu-lagu patriotik



Lagu dari laman web Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan

http://kebudayaan.kpkk.gov.my/gallery/audio/19/15/


  1. Keranamu Malaysia Download

  2. Jalur Gemilang Download

  3. Malaysia Tercinta Download

  4. Tanah Pusaka Download

  5. Kemegahan Negaraku Download

  6. Putra Putri Download

  7. Pahlawanku Download

  8. Wawasan 2020 Download

  9. Bumi Malaysia Download

  10. Muhibbah Download

  11. Ilham Pujangga Download

  12. Malaysia Tanah Airku Download

  13. Perwira Download

  14. Perajurit Tanah Air Download

  15. Berjaya Download

  16. Malaysia Baru Download

  17. Joget Malaysia Download

  18. Tanggal 31 Download






Wednesday, 9 November 2011

Mary had a little lamb

Tuesday, 8 November 2011

Bermain Piano

Ok, ada sesiapa nak cuba main piano menggunakan keyboard?

Right click pada gambar di bawah, dan pilih Play.

Lepas tu boleh main piano @ keyboard mengikut lagu-lagu di bawah.

Tekan huruf-huruf yang dinyatakan.




Nyanyian Solfa Bersama-sama


Dalam muzik, solfa merupakan satu teknik nyanyian menggunakan suku kata mengikut pic tertentu. Tangga solfa menaik mengikut turutan 1 oktaf ialah Do, Re, Mi, Fa, So, La, Ti, Do'. Sila klik suku kata di bawah untuk mendengar bunyi pic nya.



Ok, berikut contoh solfa bagi lagu Twinkle Twinkle Little Star. (nyanyi ikut melodinya)

Do do so so la la so
Fa fa mi mi re re do
So so fa fa mi mi re
So so fa fa mi mi re
Do do so so la la so
Fa fa mi mi re re do






Penjarian Rekoder(Recoder)

QUICK NOTE REFFRENCE

B is thumb and first finger

A is thumb and both first and second fingers

G is thumb and first, second, and third fingers

D is NO thumb and second finger of left hand

Always clean your instrument.

The lower the note the softer you need to blow, so blow carefully
. the harder you blow for 'd' will make it more squeaky

MARILAH BELAJAR MUZIK




Untuk mengetahui nama not pada papan kibod sebenarnya mudah sahaja iaitu.... setiap papan kibod tempat kita menekan bunyi hanya 2 jenis WARNA iaitu HITAM dan PUTIH. Jika anda perhatikan 2 hitam berselang 3 hitam dan seterusnya.....Kalau 2 Hitam, not di sebelah kirinya PA
STI NOT 'C'(papan putih), kalau 3 hitam, not di sebelah kirinya ialah 'F'(papan puti
h) dan seterusnya.....Kalau kita baca solfa untuk TANGGANADA C Major, kita mula dari...(C-D-E-F-G-A-B-C...) dan berakhir di C. Biasanya kita belajar bermain KIBOD bermula pada Not 'C Tengah'.
Tips...belajar PIANO automatik pandai main KIBOD kerana penjarian semasa belajar PIANO lebih sistematik iaitu kita perlu ingat nombor setiap jari kiri dan kanan kita. Angka 1 bermula pada jari IBU kiri da kanan dan seterusnya.....buat latihan yang lebih kerap iaitu sekurang-kurangnya 6 jam sehari.....not yang kita mainkan hanya "DO RE MI FA SO" sahaja.
Selepas jari jemari kita sudah lembut, teruskan untuk satu OKTAF..."DO RE MI FA SO LA TI DO"....Anda harus ingat, untuk satu OKTAF not ke 4 kena guna IBU jari (utk Tangan Kanan)....
MARI KITA BERKONGSI BELAJAR TENTANG NOTASI MUZIK

Wednesday, 2 November 2011

Learn The Notes And Rest













 
Copyright 2010 WONG YOKE CHING. Powered by Blogger
Blogger Templates created by DeluxeTemplates.net
Wordpress by Wpthemescreator
Blogger Showcase